Sunday, February 7, 2010

aku rindu parents aku..

Seriously...
aku xpernah luahkan lagi perkara camni...

aku rindu mereka...

aku dah habis bekalan semangat dari mereka..

camna nak teruskan perjuangan IB ku ni..

CAS report ku..
IA ku..
EE ku..
TOK ku..
WL ku..

semua terkandas...memang aku malas..tak dapat dinafikan..
aku selalu minta semangat dari member2 ku..
tapi aku dah xleh minta...
dorg pun kena ada semangat untuk diri sendiri..

Ibu bapa ku...
aku perlukan tenaga untuk teruskan perjuangan ini..
tadi aku call parents ku pun..
aku xberani nak minta apa2 dari mereka yg berbentuk semangat..
sebab..dorg yakin kat aku..

aku xdapat..

Tuesday, February 2, 2010

Huh...bajet la Zurin ni...

kadang-kadang kamu mesti merasa zurin itu seorang yang bajet apabila kamu selesai membaca blog beliau.
apatah lagi blog yang dulu tu(xsuka perempuan tu)
haha..memang bajet la zurin ni..

orang kadang-kadang tidak ingin diri mereka dirakam di dalam blog seseorang yang lain.
ada pulak orang yang ingin diri mereka drakam di dalam blog mereka yang lain.
ada pulak yang merakam diri sendiri di dalam blognya sendiri.
cam zurin la ni..

zurin zurin, apa nak jadi dengan ko ni..
dari ko main blog ni..bagus ko main HoN..xpun DoTa..
dari ko sakit ati tengok keadaan sekiling..bek ko tido petang..
dari ko penat tulis blog untuk tarik perhatian..bagus ko minum Nescafe Hi-Calcium
dari ko penat mengharap benda yang xkan jadi..bagus ko siapkan EE ko..
dari ko penat menjenguk tingkap ko setiap malam..bagus ko tutup langsir ko..supaya nyamuk tak masuk
dari ko penat tensen2 buat IA ngan layan mode "berserk" aku..baik aku layan orang men DoTa..
tapi kenapa aku tetap buat benda ni?
tu la tajuk tu...bajetnya zurin ni..

bejet di sini bukan macam hensemnya zurin..
baiknya zurin..
peramahnya zurin..

untuk pengetahuan para pembaca..mode "berserk" di sini bermaksud mode memakai snow cap dan membuat kerja rumah sampai penat dan tertidur..

orang selalu cakap post ku jenis menyindir..
terutama yang dulu tu..
ye ke?
oo...
ok...
tu respon zurin..

kadang-kadang aku melihat sepa yang membaca blog aku..
iniblogdnakiller.blogspot.com
khazanahhilang.blogspot.com
biesunshine.blogspot.com
afiqbladenazmi.blogspot.com
thulydides90.blogspot.com
lordhosni.blogspot.com
adalah antara blog yang pernah menekan blogku..aku xpernah track mereka yang pernah melihat blogku tanpa mempunyai laman blog..tapi aku dapat gak track..mereka selalu membuka dari google.com..mereka akan search for:

azhzurin
azhzurin.blogspot
malam yang hangat
budak perempuan
mara spc
yang dibold hanya pernah diggogle sekali sahaja.

yang commonya sini yang 2 di atas tu..siapakah mereka?
aku tak tau..anda tak tau..peratusan yang mengunjung hanyalah dari Malaysia.
jadi kemungkinan cinta lama mencari diri..oo..
ye ke?

kan dah aku cakap..tajuk ni memang ngam punya la..bajet la zurin..

haha...salam.persoalan.xda jawapan.jawapan xdipersoalkan.

Friday, January 29, 2010

OMG...aku habis duit dah...

down siot dah habis duit semalam jalan kat Terminal Satu. Perkara yang telah membuatkan duit aku lenyap adalah

1)bat ping pong + getah + makcik tolong gam =RM 50
2)kenduri makan - makan kat belakang Farabi = RM 5
3)Taxi = RM3
4)Mustard = RM6
total = RM abis duit!

Jidi pun belanja atas RM 50 gak..dia beli tali gitar bass
Remy pun atas RM 50...dia beli getah ping pong RM 66 punya.

bak kata jidi selepas beliau tamat membeli gitar bass nya..

"memang mahal berhobi ni.."

jadi menunggu lagi lah aku duit MARA lagi untuk bulan hadapan supaya dapat berbelanja.duit bulan ni..xguna kot..nak simpan buat kenangan..biar nanti kalau tengok kat akaun simpanan ada memori..

"adik-adik, ni lah duit MARA yang abang dapat dulu, tengok digitnya..3 angka..teruja x adik2 nak masuk kms?"

semalam kami adakan parti besar-besaran di belakang rumah Farabi. dengan hanya berbekalkan arang yang telah dibeli di Terminal One kami berjaya menyediakan makanan-makanan berikut:

1)4 kilogram kerang rebus(appetizer)
2)120 batang Sosej Black Pepper(appetizer+main course)
3)4 ekor ayam yang dipotong 12 ketul setiapnya dan dimarinate oleh Jidi(main course kaw)
4)banyak roti (yang dibakar) Dewan Selera(dessert)
5)burger Nash(xtau nak masuk dalam courseline mana satu :D)

dan mereka kekenyangan.aku tukang bakar.makan gak kadang-kadang tapi emosi melihat orang lain kenyang adalah lagi memuaskan dari memenuhi nafsu makan diri.semasa kami makan, ada la beberapa manusia(termasuk aku) membuat persembahan menggunakan STEEL WOOL.

"ini barang baik punya, confirm meloncat orang tepi ko"remy ckp.aku paraphrase

benda tu memang smat.kalau xsilap, Nik Ahmada Hazim ada mengupload gambar kat Facebook.silalah lihat kalau nak.dalam banyak-banyak performer, gua yang paling ganas sekali. Benda tu seperti bara api yang dilekatkan di dawai lalu dipusing dengan laju untuk menghasilkan percikan api. gua buat jenis cowboy dan berlari ke arah mereka.

"jarang anak Bajau buat show ni"
"lari lari!anak Bajau mengamuk!"

selepas habis adegan bermain STEEL WOOL itu. kami pun buat gathering around the fire la. dan Jidi mula membuat satu aktiviti yang dipanggil, JOM KATEGORIKAN ORANG..

terdapat banyak jenis kategori dan setiap kelas akan menyebutkan seorang wakil dari setiap kelas mereka.HOST ACARA ADALAH AFIQ.contoh kategori:~

1)perempuan yang paling hot(jawapannya xsesuai untuk kesejahteraan bersama pelajar perempuan)
2)lelaki paling hot(41=leman, 42=nash, 43=aku xingat, Bt=Blade kot, T4= bukan aku.hazwan.)
3)lelaki paling Leman(Leman)
4)Lelaki paling berteknologi(aumm..Alau)
5)Perempuan yang tidur kat kelas tapi xkantoi(soalan Afiq tapi tidak dapat dijawab sebab camna nak tau perempuan tu tido kalau xkantoi!!!!Aduhai)
6)Lelaki paling Sabah(aku fikir aku menang..tengok2 Elly pulak.Lelakikah Elly?)
7)Lelaki paling Licin(Ikmal)
8)Lelaki paling lebat(xpatut dijawab)

dan ada lagi beberapa soalan yang takleh disiarkan. ok..cuba anda melihat pattern soalan. 5daripada 7 adalah berkenaan dengan lelaki dan hostnya adalah Afiq.apakah pendapat anda?
(sebelum anda buat kesimpulan, ingat, kalau kita cakap benda yang sama berulang kali sampai 40 kali, kang benda tu jadi betul2 kat orang tersebut, so Afiq tinggal lagi 1 kali, so jangan la cakap apa2..diam2 aja)

ok..nampaknya aku baru sahaj bangun untuk membuat post ni.aku hilang konsentrasi sebentar tadi.mengantuk.aku nak siapkan IA dulu.
maafkan aku jika terasa. :D

Tuesday, January 26, 2010

Akhirnya....

my laptop can access to the koop wifi again!!

after almost 2 weeks my laptop always complaint about low wireless signal..nah amik ko!..spank sikit bontot laptop ni..terus dapat...

haha..hari yang agak happy..walaupun tadi pagi aku masuk kelas dan cikgu cakap aku macam zombie..zombie sabah..where in hell can you find one??!!

haha...im too happy!!!

rasa2 bahaya gak ada wireless koop ni..kang my lab report xsiap..mati gak aku..

TO-DO LIST
world lit( )
EE( X )
IA phy( )
IA chem( )
TOK( X )
IA econs( )

omg...2 out of 6...zzz
still got many things to do! (-.-)
btw...i managed to submit my EE to Puan Arfa for double check my EE...after En. Ikhwan didnt correct anything on my EE neither he read it..sedih..tengok member-member punya EE semua bercalit pen merah atau pensel..
gua punya EE..macam tu gua hantar, macam tu gua dapat balik
n wat nice is..he predicted that my EE dapat A...omg..without checking it..nvm though..

banyak lagi benda nak rungsing..

so semangatkan diri anda zurin!...

sekian..titik.

Monday, January 25, 2010

MY 100th post!!(unofficial)

lol...i made it...

100th post(although it plus the draft)

huurraaayyyy for me!!!!!!

posting buat mereka.

sesapa yang telah mengunjung web ni..silalah tanpa segan silunya menekan nuffnang aku..
kelik..kelik..mudah..

bagi la aku kegembiraan dengan mengeliknya..
haha..

aku esok bentang G4..matilah..

IA phy down..

Aku bukan GAY mahupun LESBIAN

saja bagi tajuk gempak..
padahal aku sedih kot..banyak benda nak buat dalam minggu ni..

IA..IA..IA..INTERNAL ASSESMENTS..

aku memang down...

takpa..berikan aku semangat untuk buat..

confirm boleh punya

20 labreport.. mudah..